Rabu, 10 Mac 2010

MENARA BANGSA


Suria muncul di pagi hari
kita bangun sederap kaki
menara bangsa akan kita bina
perkasa tiada rebah lagi

mentari sudah ada di sini
pasti bersinar seribu tahun lagi
biar berhenbus angin sangkakala
malam pasti tiada datang

kita sudah tiada perlu tidur
kerana mimpi ada di depan mata
embun jernih pengganti keringat
berkilau bagai mutiara

rimba akan terus hijau
unggas riang ria berkicau
air jernih meriak di sungai
udara nyaman tenang di rongga

darah kembali berharga
merah buat penyeri muka
senyum terus meniti di bibir
kasih sayang jadi milik semua

kita bebas
terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta....



7 ulasan:

  1. cinta itu tempatnya di hati, bukan di mulut, kerana mulut bisa berdusta tentang cinta.

    cinta itu bukan rasa ingin memiliki, tapi rasa ingin memberi bahagia

    kadangkala bahagia itu terpaksa diikat rantai derita, kerana bahagia itu bukan sekelip mata

    kerana cinta ini, aku memangkas kulat parasit yang mereka kata hiasan tanah ini, walhal ia bakal merosak segala lama nanti.... lama nanti

    BalasPadam
  2. kulat? sedap dimasak lomak cili api..

    Bebas? bebas dari sangkar maya ini?

    atau bebas tubuhmu melakukan angkara seperti

    harimau angkara?

    atau bebas berbuat dosa siang dan malam?

    pergaulan bebas? atau jiwa bebas?

    Atau bebas dari syirik dan maksiat kepada

    Allah Tuhan Sekalian Alam?

    BalasPadam
  3. bebas melata anak bumi
    mencari erti hidup dalam diri...
    bagi yang mengerti kehidupan yang hakiki...
    mendapat petunjuk dari Ilahi...
    bagi yang melata tak kenal diri...
    menjadi punca segala penyakit hati..
    merosak segala yang Allah rahmati..
    lupa keluarga lupa diri..
    Agama pula yang dicaci...
    bebasnya terbang sayapnya umpama berduri.....

    BalasPadam
  4. engkau laksana bulaannn....

    tinggi di atas awannn...

    BalasPadam
  5. lagu yg agak pelik utk aku nyanyi...gile susah hehehe......

    BalasPadam
  6. takyah nyanyi.. ambik bau saja..

    BalasPadam
  7. haaaa,,..haaa lagu BTN huahuahaua

    BalasPadam