Ahad, 2 Mei 2010

Mujarab pembersihan Jiwa



Adapun Sayyidina Ali KWH pun berkata:

"Perumpamaan dunia dan akhirat adalah seperti dunia bahagian timur dan barat.Menurut kadar ukuran jarak engkau menghampiri kepada salah satu darinya bererti engkau telah menjauhi dari yang lain dan juga seperti dua bekas. Satunya kosong dan satu lagi penuh, menurut kadar yang engkau curahkan kepada bekas yang kosong, kadar itulah berkurang bekas yang penuh."

Lagi nukilan kata-kata sayyidina AR KWH:

aku dapati dunia ini ada enam perkara:

1.Makanan yang paling enak adalah madu, padahal ia adalah tempat jilatan lalat

2.Minuman yang paling baik adalah air, padahal ia adalah satu yang sama di dalamnya orang yang berbuat kebajikan dan orang yang menyeleweng.

3.Bau haruman dan wangian, benda yang paling harumnya adalah kasturi, padahal ia adalah darah seekor kijang

4. Pakaian yang paling halus adalah sutera, padahal ia adalah pintalan seekor ulat

5.Kenderaan yang paling indah adalah kuda, padahal ia adalah haiwan yang lelaki terbunuh di atasnya

6.Dinikahi seseorang, padahal ia adalah hanyalah tempat air kencing pada tempat air kencing. memadailah untuk kami bahawa perempuan itu berhias dengan yang lebih baik diantara apa yang ada disampingnya, tetapi yang dituju daripadanya hanyalah yang lebih rendah diantara apa yang ada padanya.

Rabu, 10 Mac 2010

MENARA BANGSA


Suria muncul di pagi hari
kita bangun sederap kaki
menara bangsa akan kita bina
perkasa tiada rebah lagi

mentari sudah ada di sini
pasti bersinar seribu tahun lagi
biar berhenbus angin sangkakala
malam pasti tiada datang

kita sudah tiada perlu tidur
kerana mimpi ada di depan mata
embun jernih pengganti keringat
berkilau bagai mutiara

rimba akan terus hijau
unggas riang ria berkicau
air jernih meriak di sungai
udara nyaman tenang di rongga

darah kembali berharga
merah buat penyeri muka
senyum terus meniti di bibir
kasih sayang jadi milik semua

kita bebas
terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta....



Sabtu, 13 Februari 2010

Selamat Menyambut Hari Serabut Sedunia

"semakin dekat ku menghampiriNya, semakin serabut yang datang"
sapa punya angkara nih...........


"Iblis dan Syaitan kerjanya sentiasa menggoda
tidak kira siapa orangnya tua ataupun muda
lebih-lebih lagi orang yang kuat beibadat kepada yang Esa
digambarkan di fikiran dan membisik-bisik di jiwa
mengingatkan yang bukan-bukan sampai kita terlupa
seolah-olah mengerjakan ibadat melepaskan batuk ditangga
penuh perasaan bosan dan malas pun ada
itulah tanda atau bukti kejayaan syaitan yang punya angkara."

Rabu, 3 Februari 2010

Surau ke hapa ni......

Hujung minggu lepas selepas g kenduri kahwin d kl....singgah kejap dekat surau di dalam shoping complex yang besau...

bile masuk je.....Masyaallah....ini surau ke hape?...tapi ambo teruskan niat juga untuk bersolat kerana allah taala dengan yakin...alhamdulillah...


surau lelaki


Tempat ambil wuduk
**masa tengah solat jemaah hade orang ambik wuduk kat depan imam...tragis....


kalau perhati tulisan yang ada anak panah  digambar" AWAS AIR"... air apa plak nih...
**** masa keluar terperasan plak yang surau ni sederet ngan tandas..adeh...


tanda kiblat yang meragukan...cam lukisan budak tadika...



semasa hamba masuk..amat la berselerak..tetapi dibantu oleh seorang pemuda selepas sembahyang jamaah..die bantu untuk kemas...bagus..baguss..ada juga yang prihatin..
**patutnya sediakan tempat untuk gantung,,,,,,,,

**mudah-mudahan selepas di repot..ia akan di selengara dengan baik seperti compleks membeli belahnya yang tersergam indah...

Ahad, 31 Januari 2010

peniaga yang kantoi.....


CUBA CARI HAPA YANG MUSKILLL KAT SINI....PELIK.........


Sabtu, 30 Januari 2010

kreatifnye............

 

 t shirt hasil dari rekaan budak form 3...
thanks my students for creating this nice t-shirt.......


Selasa, 19 Januari 2010

dulu kini dan selamanya..




Dulu
padang kau jejaki
meniti hari silih  berganti
mencari teman untuk berdiri

dulu...
teman kau cari...
dengan limpah kurnianya dikau ketemui...
meniti hari mencari erti.....

kini...
setelah kau temui ...
teman sejati...
berpencak tari bersilat seni...

setelah.masa kau lewati..
menghitung nasib sendiri ...
jauh di mata tapi dekat dihati 
hingga menusuk di sanubari

kini..
padang tetap kau jejaki...
teknologi penghubung seni..
menjadi ironik perhubungan yang diredhai..
saksi ikatan sejati
antara saudara sekendi..

selamanya....
akrab terpatri.. ...
gabungan insani budi pekerti..
mencari rentak perkembang seni...

dulu kini dan selamanya......rasailah....nikmat persaudaraan ini...
ALHAMDULILLAH....

*****luahan rasa juragan yang keseorangan.......